,
Laman Utama

“Terbaik Orang Pahang” - Tular Video Orang Kampung Beri Makanan Pada Mereka Yang Terkandas Dalam Kesesakan Jalan Raya

Azwa Rahman
05/01/2021
10:40 MYT
Banjir besar yang melanda Pahang kini menyebabkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup bagi kegunaan awam.
Namun, itu tidak menghalang mereka yang ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk menggunakan jalan kampung.
Tular di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter @AbenHazd berkongsi pengalamannya melalui jalan kampung di Pahang untuk pulang ke ibu kota. “My family stranded dekat Pahang and on the way balik KL. Terpaksa ikut jalan kampung sebab lebuhraya tutup. Jem sangat teruk dan orang kampung bagi makanan. Thank you orang Pahang,” tulis pemuda yang dikenali sebagai Hazidi.
Menerusi perkongsian video berdurasi 15 saat itu menunjukkan orang kampung di Felda Lakum berkumpul di sekitar tepi jalan raya bagi menghulurkan minuman dan makanan buat mereka yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya.
“Itu adalah perjalanan pulang keluarga saya dari Kuantan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 11 jam. Terbaik orang Pahang,” ulas Hazidi ketika dihubungi Gempak.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang tersentuh hati melihat kebaikan orang kampung yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Miskin diluar.. kaya di hati.. Respect,” puji seorang wargamaya.
“Mereka sendiri dalam keadaan susah tapi masih lagi mampu tolong orang lain,” ujar seorang wargamaya.
“Proud to be Malaysian. Kebanyakannya rakyat Malaysia ni bersifat belas kasihan dan baik hati. Cuma mereka tak nak tunjuk je,” komen seorang wargamaya.
“Power orang Pahang ni. Budi pekerti tiada had,” kata seorang wargamaya.
“Terharunya tengok atas bantuan yang dihulurkan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang bertungkus lumus memberi kerjasama pada mangsa banjir pada mereka yang terkandas. Harap semua jaga diri baik-baik,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan dan 30,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar