Berikutan sambutan hangat dan maklum balas positif yang diterima daripada para penonton, tayangan drama bersiri Angkara Cinta kini disambung lagi sebanyak 45 buah episod baharu yang akan terus menemui penonton bermula pada hari ini.
Mengikut perancangan awal, naskah adaptasi melodrama arahan sutradara Hadith Omar ini sepatutnya berakhir di episod 70 pada 5 Februari yang lalu. Namun, dengan pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 115 buah episod.
Drama bersiri Angkara Cinta terbitan syarikat produksi Juita Viden ini telah diadaptasi ke format kisah melayu daripada drama asal The Two of Us atau lebih dikenali dengan judul Tayong Dalawa yang mana ia merupakan telenovela popular yang mendapat sambutan hangat di Filipina sekitar tahun 2009.
Drama ini turut mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Michael Ang selaku penerbit serta barisan penulis skrip yang diketuai oleh Amor Rizan dan Rehal Nuharis. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Hun Haqeeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Datin Nina Juren, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Roy Azman serta ramai lagi.
Angkara Cinta disiarkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
“Kami amat gembira dan berbesar hati dengan sambutan hangat yang diterima untuk drama Angkara Cinta sehingga meletakkan ia sebagai drama no. 1 yang meraih jumlah tontonan tertinggi di Astro Prima sepanjang tahun 2020.
"Drama ini juga turut mencuri perhatian ramai di laman media sosial menerusi pelbagai perkongsian positif menggunakan tanda pagar #AngkaraCinta dengan lebih 8 juta jumlah tontonan digital ke atas rangkaian video promosi yang dikeluarkan.
"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami hadiahkan 45 episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran konflik kisah ini," kata Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh.
Sementara itu, menerusi pertambahan 45 buah episod baharu ini, pihak produksi diberi cabaran mengolah naskah asal untuk dikembangkan secara kreatif dengan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada penonton setia yang telah menyokong drama ini sejak mula ditayangkan.
Maliah Surip
Mon Feb 08 2021


GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.