,
Viral

“Terbaiklah YB!” – Netizen Puji YB Fahmi Fadzil Kerana Bantu Pemandu ‘Kereta Perang’

Fiza Kamarudin
17/10/2019
15:24 MYT
Warga net memuji tindakan ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kerana membantu pemandu ‘kereta perang’ yang pernah tular gara-gara ciapan beliau di laman sosial Twitter sebulan lalu.
Fadzil menerusi laman sosial Facebook (FB)nya telah memuat naik beberapa keping foto bersama pemandu ‘kereta perang’ dikenali sebagai beliau Yap Chi Hoe.
Menurut Fahmi Yap Chi Hoe atau Yap mengalami masalah penglihatan yang serius dan mungkin boleh menyebabkan dia kehilangan deria tersebut.
Fahmi kemudiannya mengambil keputusan untuk mengusahkan bantuan sebaik mungkin kepada Yap yang merupakan seorang pemandu lori.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana pihak pengurusan Pantai Hospital Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membantu secara pro bono sebagai sebahagian dari projek CSR mereka.
“Doktor pakar mata telah mendapati satu mata beliau mengalami masalah ‘chronic retinal detachment’, dan satu lagi perlu laser.
“Saya ingin ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Erica Lam (CEO) dan Dr Manoharan Shunmugam (pakar mata) di atas bantuan mereka untuk kes ini.
“Pembedahan itu telah dijalankan semalam (15hb Oktober), dan hari ini saya melawat beliau. Tiada masalah sampingan dari pembedahan, dan beliau akan dibenarkan pulang hari ini.
“InshaAllah, selepas ini En. Yap akan diberi sedikit rawatan susulan, dan saya percaya dengan keadaan mata yang semakin baik beliau akan berpeluang membina kehidupan yang lebih baik nanti.
“Semoga segala usaha kita diberkati Ilahi,” tulisnya.
Menerusi muat naik tersebut juga Fahmi Fadzil telah menerangkan situasi sebenar mengenai ciapannya di Twitter pada 8 September lalu.
Dalam pada itu, rata-rata warga net memuji tindakan Fahmi Fadzil yang berusaha mencari Yap untuk memohon maaf dan keikhlasan wakil rakyat itu membantu lelaki tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni