gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Terbalas Juga Keinginan Berlakon Filem Aksi" - Selepas Undur Diri Dari Filem Marvel, Raja Ilya 'Lepas Geram' Dalam KL Vampires

Asraf Aided
Asraf Aided
08/11/2019
09:55 MYT
Sponsor Banner
"Terbalas Juga Keinginan Berlakon Filem Aksi" - Selepas Undur Diri Dari Filem Marvel, Raja Ilya 'Lepas Geram' Dalam KL Vampires
Aktres jelita Raja Ilya gembira kerana filem terbaru lakonannya, KL Vampires telahpun siap dihasilkan dan bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.
Menurut Ilya, dia berpuas hati kerana hasratnya untuk berlakon filem aksi akhirnya tercapai meskipun tiada rezeki berlakon di persada Hollywood menerusi filem Marvel sebelum ini.
"Saya gembira kerana akhirnya terbalas juga keinginan saya untuk berlakon dalam filem aksi meskipun tiada rezeki berlakon dalam filem Marvel sebelum ini.
"Filem KL Vampires adalah sesuatu yang saya tertunggu-tunggu, kerap juga saya bertanya pengarah tentang bila filem ini akan ditayangkan.
"Saya gembira kerana akhirnya ia telah siap dihasilkan dan bakal menemui penonton tidak lama lagi," ujarnya.
Ilya berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem KL Vampires bertempat di e-Curve, Petaling Jaya malam tadi.
Terdahulu, kecoh apabila Ilya tampil memberitahu dia terpaksa menolak tawaran filem Marvel kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak produksi tidak bersesuaian dengannya.
Namun, menurut Ilya, dia tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai syarat itu kerana dia telah menandatangani perjanjian rahsia dan diminta untuk mengunci mulut.
BACA : Tolak Berlakon Filem Marvel, Peminat Cakap Raja Ilya Gebang?
Tambah Ilya, suaminya, Trent Garret menyukai lakonan dan jalan cerita KL Vampires secara keseluruhan.
"Suami saya menyukai lakonan saya dalam filem ini, dia juga suka jalan cerita KL Vampires secara keseluruhan.
"Saya telah menceritakan dan menafsir babak-babak dalam filem ini untuk memudahkan proses pemahamannya," tuturnya lagi.
Selain Ilya, KL Vampires turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Reen Rahim, Josiah Hogan, Saiful Apek, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.
KL Vampires merupakan filem fiksyen yang mengisahkan tentang golongan 'vampire' yang merupakan keturunan Raja Bersiong.
Filem arahan Daven R. ini bakal menjengah pawagam pada 14 November ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
#Raja Ilya
#KL Vampires
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement