Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew memohon doa orang ramai bagi mengiringi pemergiannya ke Afrika demi misi kemanusiaan.

Menerusi laman sosial Instagram, Ebit memuat naik sebuah video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan pada malam tadi.

“Doakan ya, saya bersama team nak ke Afrika atas misi kemanusiaan dan kasih sayang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat itu, Ebit dilihat menolak bagasinya untuk ke ruangan mendaftar dan bersedia untuk pelepasan.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa agar urusan Ebit sentiasa dipermudahkan dan mendapat perlindungan Allah SWT.

Malah, ramai yang meninggalkan pesan agar pasukan Ebit sentiasa berhati-hati memandangkan angka jangkitan dan kematian akibat pandemik COVID-19 semakin meningkat di benua itu.

Sungguh luar biasa, sampai ke Afrika ustaz sebar kebaikan dan bantu orang orang susah, semoga dipermudahkan segala urusan ustaz & team di sana, semoga selamat pergi dan kembali ustaz. Sentiasa doakan buat kesejahteraan ustaz & team,” doa seorang wargamaya.

Sekadar peringatan ustaz, Afrika mempunyai antara varian covid yang paling cepat tersebar dan boleh mempengaruhi keberkesanan vaksin. Ustaz dan seluruh pasukan banyak berjumpa orang ramai dan jika dijangkiti sukar untuk dikawal. Sentiasalah berhati-hati, patuh pada SOP dan cubalah mengawal jarak di antara satu sama lain,” pesan seorang wargamaya.

Jangan ada yang komen kenapa jauh sangat beri bantuan. Sedangkan dalam negara masih ramai yang susah. Pembetulan untuk soalan yang bertanya ustaz Ebit pergi beri bantuan dan dalam masa yang sama ustaz dan team berdakwah. Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz dan team di sana,” luah seorang wargamaya.

Dalam negeri luar negeri, seluruh daerah serta pelusuk kampung sudah beliau pergi mnyumbangkan bantuan. Kini sampai luar negara. Ya Allah berikan UEL kesihatan berpanjangan dan lindungilah dia dimana sahaja dia berada,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, pemergian Ebit itu telah meraih hampir 500,000 tontonan daripada wargamaya walaupun baru tiga jam dimuat naik.