Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna berkongsi momen berada di lapangan terbang untuk terbang pulang ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada malam tadi.

Menerusi platform TikTok, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai memuat naik video outfit of the day (OOTD) ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bye KL, i love you,” tulis Yuna di ruangan kapsyen.



Di laman sosial Instagram, Yuna turut memuat naik swafoto bersama suami, Adam Sinclair yang turut sama mengikuti penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu pulang ke LA.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang berteka-teki tujuan Yuna pulang ke LA

@Gowon,now I'm Yeojin shooter: Ntah-ntah Yuna dapat invitation gi Met Gala. stay safe Yuna.”

“@jiran Zii Jia:Yuna? Met Gala? omgggggg.”

“@avo:OMG DID SHE GET AN INVITATION TO THE MET GALA?? HDHSJCHD.”

“@Nesa: Take careeee!!! Malaysia will be waiting for you always.”

“@Stay safe 957:Take care Queen. Going to miss you again. Till we meet again. Bye.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 60,000 tontonan daripada warga Tiktok.



Terdahulu, media melaporkan Yuna mahu pulang ke Amerika Syarikat demi meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbarunya yang sudah terkandas lama.

Met Gala akan diadakan pada 13 September ini dan antara bintang ternama yang sudah mengesahkan kehadiran adalah Beyonce, Kim Kardashian, Jennifer Lopez serta beberapa atlet olimpik AS.