Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terbeliak Mata! Lucu Bila Mawar Dan Raf Terkejut Lihat Maryam Menari Ganas Sampai Ryzal Tergolek

Mya Amri
29/03/2021 05:20 MYT
Pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob terkejut melihat perangai sempoi pasangan personaliti media sosial terkenal, Maryam dan Ryzal.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Mawar memuat naik video pendek yang merakamkan gelagatnya menari bersama suami.

Namun selepas beberapa saat menari, Maryam yang melihat pasangan itu kemudiannya terus menarik Ryzal untuk melakukan aksi yang sama.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)


Namun lain pula jadinya apabila Maryam seolah-olah mengenakan Ryzal dengan menari secara ‘ganas’ dan menarik tangan suaminya itu sebelum cubaan melakukan aksi romantik seperti Mawar dab Raf.

Bagaimanapun Maryam kemudiannya melepaskan Ryzal sehingga jatuh tergolek.

Mawar yang pada mula tersenyum melihat pasangan itu terkejut sebaik sahaja aksi spontan itu dilakukan.

Raf kemudiannya bergegas membantu mengangkat Ryzal sebelum tersenyum.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya memberikan komen positif. malah Ryzal dan Raf juga cukup sporting meninggal komen di ruangan berkenaan.

“Jangan tengok banyak kali, kesian saya sakit belakang...” tulis Ryzal.

When I hug you @ryzalibrhm in the end, I can feel your heartbeat very the fast,” komen Raf.



#Mawar Rashid #Raf Yaakob #Menari #Maryam #Durian Kimchi #Maryam Ryzal #Ryzal