Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

Asyraf Roslan
11/09/2024 18:55 MYT
Sebagai satu simbol komitmen PUMA terhadap fesyen, sukan dan komuniti di Malaysia, syarikat pengeluar pakaian sukan Jerman itu telah memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk mereka melancarkan kedai perdana terbesarnya yang pertama di Asia Tenggara.

Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.

1. Keluasan Kedai Perdana PUMA


Tidak sama seperti kedai-kedai sedia ada di Malaysia.

Kedai terbesar di Asia Tenggara yang dilancarkan oleh PUMA ini mempunyai keluasan seluas 12,000 kaki persegi.

Ia secara rasmi dibuka kepada umum pada 7 September 2024 di Sunway Pyramid.

2. Win dan Tu meriahkan hari pelancaran


Sambutan pelancaran kedai ini dimeriahkan lagi dengan penampilan Duta PUMA
Thailand Metawin “Win” Opas-iamkajorn dan Tontawan “Tu” Tantivejakul, bersama Duta PUMA Malaysia Meerqeen dan Priscilla Abby.

3. Bukan Sekadar Ruang Jualan.


Menurut Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan,kedai ini akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik serta peluang untuk pelanggan berinteraksi dengan jenama dan komuniti mereka seperti kelab larian, gim latihan dan lain-lain.

4. Barangan Eksklusif



Pembukaan rasmi kedai ini menjemput para pegunjung melangkah ke dalam dunia PUMA,meneroka pilihan koleksi paling ikonik jenama tersebut


Ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kerana peminat barangan jenama sukan ini boleh mendapatkan pelbagai koleksi ikonik PUMA, termasuk kerjasama eksklusif dan keluaran istimewa yang hanya terdapat di sini.

5. Sertai PUMAThon


Menggemakan semangat #ForeverBersama PUMA dan Hari Malaysia, pembukaan gilang-gemilang ini juga menyaksikan pelancaran PUMAthon, sebuah trek larian 3D yang menarik terletak di dalam kedai perdana PUMA di Sunway Pyramid.

Bagi setiap larian 100M yang dilakukan oleh mana-mana pengunjung, PUMA akan menyumbangkan RM10 kepada Care2Run, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bermatlamat memperkasakan belia kelainan upaya dan komuniti terpinggir melalui program sukan adaptif.
#Puma #Meerqeen #Win #Metawin #Tu