Hiburan

Terbuat Sebab Stres, Fatiya Latiff Ada ‘Plan’ Nak Buang Tatu - “Mereka Tak Marah Yang Teruk Sebab Tahu Saya Akan…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/08/2024
01:25 MYT
Sponsor Banner
Terbuat Sebab Stres, Fatiya Latiff Ada ‘Plan’ Nak Buang Tatu - “Mereka Tak Marah Yang Teruk Sebab Tahu Saya Akan…”
“Ya, saya ada tatu,” itulah jawapan yang diberikan oleh pelakon Fatiya Latiff apabila pihak media bertanyakan mengenai ukiran yang berada di lengannya.

Buat sebab stres

Menurut Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, dia bertindak mencacah tatu tersebut disebabkan ketika itu dirinya dalam keadaan tertekan pada dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"

ARTIKEL BERKAITAN: Fatiya Latiff Mengaku ‘Buat Muka’, Anggap Perkara Normal Masa Kini - “Saya Rasa Kalau Nak Mencantikkan Wajah Kita, Why Not”

ARTIKEL BERKAITAN: Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia - "Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak"

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun ini berkata ibunya juga sudah memintanya untuk membuang tatu itu namun belum mempunyai kesempatan untuk melakukannya.
“Saya terbuat, sebab waktu itu stres… buat pada dua tahun lepas. Masa itu, saya tak terfikir, buat saja. Tapi mak saya dah suruh buang, cuma saya tak ada masa nak buang. Tunggu masa nak buang,” ujarnya.

Tak marah berlebihan

Dalam pada itu, Fatiya turut mendedahkan ibu bapanya ada memarahinya namun tidak secara berlebihan kerana bimbang dia melakukan perkara diluar jangkaan lagi.

“Ibu bapa saya memang marah la, kena ceramah la. Tapi mereka tak marah saya yang teruk sebab tahu saya akan stres dan akan buat benda yang pelik-pelik.

“Mereka tak nak saya lagi pressure,” kata Fatiya yang memberitahu ukiran tatu itu bermaksud ‘Angel On Earth’ (bidadari di atas bumi).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live