Laman Utama

Terbuka Ceburi Bidang Modelling, Puteri Balqis Jadikan Naomi Campbell Sebagai Inspirasi

gempak
Azwa Rahman
26/08/2022
07:47 MYT
Sponsor Banner
Terbuka Ceburi Bidang Modelling, Puteri Balqis Jadikan Naomi Campbell Sebagai Inspirasi
Pelakon Puteri Balqis meluahkan rasa gementar apabila pertama kali diundang menjadi model ‘muse’ bagi jenama fesyen Neonate pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 yang berlangsung minggu lalu.
Menurut Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish, dia sememangnya menggemari jenama Neonate yang cukup dikenali dengan gaya street wear, cukup sesuai dengan jiwa pelakon yang berusia 15 tahun itu.
“Ini merupakan pengalaman pertama Aqish menjadi model, memang gementar. Kebetulan pula Aqish lupa nak bawa kanta lekap, bila catwalk tu memang tak nampak jalan, awal-awal masuk pun salah, ada banyak aspek yang Aqish perlu perbaiki..
“Sebelum ni Aqish pernah pakai jenama Neonate dan baju-baju dia sesuai dengan stail Aqish. Jadi bila mereka ajak muse, memang Aqish berminat sangat, dah lama nak cuba jadi model, lagipun ini first runway.
“Tengok pula semua model lain tinggi-tinggi, agak menakutkan tapi semua okay je,” kata Aqish kepada Gempak.
Tambah pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama pada tahun 2014 itu, dia tertarik dengan tawaran menjadi model dan lebih terbuka untuk menceburi bidang itu selepas ini.
“Mengambil inspirasi Neostalgia, apa yang Aqish pakai hari ni lebih kepada tema koboi. Kasut dia memang lawa dan highlight untuk apa yang Aqish gayakan pada hari ini adalah jaket umbai ni.
“Aqish memang minat bidang modelling dan lepas ni kalau ada peluang untuk berjalan di atas runway, Aqish memang terbuka. Untuk modelling hari ni, Aqish mengambil inspirasi daripada supermodel Naomi Campbell,” jelasnya lagi.
Selain Puteri Balqis, antara beberapa selebriti dan personaliti yang terpilih untuk menjadi ‘muse’ Neonate untuk KLFW2022 adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Tengku Azura, Noreen Iman, Isha Norsh dan Daniel Cheang daripada Astro Gempak dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024