SUKAN

Terbuka Indonesia: Pemain Badminton Negara Kena 'Boo' Di Istora Senayan

Gempak 08/06/2025 | 00:50 MYT
Bukanlah satu kebiasaan dalam sukan badminton apabila situasi membabitkan penonton yang berkelakuan negatif ketika perlawanan sedang berlangsung demi menjatuhkan moral pemain.
Sudah pasti, ia akan memahat ingatan untuk mana-mana pemain yang bertandang ke Istora Senayan sebagai antara venue paling popular untuk penganjuran badminton dunia.
Daripada tempat serba lengkap ke mimpi ngeri buat sesetengah pemain apabila terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah.
Menerusi satu video yang tular di X, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, kelihatan bergelut dengan dua perkara; permainan dalam gelanggang dalam masa sama menguji ketahanan mental.
Ini apabila peminat tuan rumah melontarkan sisi negatif yang memberi impak kepada pemain lawan untuk sukar beradaptasi dengan perlawanan penting. Itu yang dialami oleh wakil negara yang menerima ejekan dari awal permainan.
Sikap tersebut menghadirkan mentaliti yang mempersoalkan tindakan penyokong sukar untuk pemain tangani.
Wei Chong dan Kai Wun terpaksa akur dengan 'kelebihan' tuan rumah itu sebelum tersingkir di separuh akhir kejohanan bertaraf super 1000 itu.
Ini sekali gus, menyaksikan hanya beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, gandingan tunggal negara mara ke final Terbuka Indonesia.
Sumber: Stadium Astro
#Indonesia #Malaysia #Penonton #Boo #“Indonesia #“Pemain #Badminton” #Open”