Terbuka Kongsi Kisah Aoki, Nabila Huda Mahu Beri Kesedaran Tentang Penyakit Haiwan - "Bila Baca Komen Ramai.."
13/10/2024 03:55 MYT
Pelakon Nabila Huda memaklumkan bahawa perkongsiannya mengenai kematian kucing kesayangan sebelum ini, Aoki adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas ihsan terhadap haiwan.
Beri pendedahan
Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda binti Suhaimi berkata, perkongsiannya itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada orang ramai dan dirinya sendiri supaya lebih peka terhadap simptom penyakit dihidapi haiwan peliharaan mereka.
“Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Lepas dah cakap simptom dekat doktor, baru tahu Aoki ada penyakit buah pinggang kronik tahap 4.
“Maknanya masa tahap satu tu saya tak tahu. Tetapi selepas membuat hantaran itu, bila saya baca komen, ramai yang orang berkongsi tips dan pengalaman bersama kucing mereka. Dari situ saya juga dapat belajar sesuatu,” katanya ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV Bandar Utama, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda Anggap Aoki Seperti Anak Sendiri - "Dia Umpama Jiwa & Raga Saya"
ARTIKEL BERKAITAN: "Aoki Dah Tak Ada..." - Nabila Huda Berduka, Kucing Kesayangan Menghadap Ilahi
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”
BERITA TRENDING: Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil -
Sementara itu, pelakon filem Rahsia itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menjaga Aoki sebelum kucing itu sudah tiada.
“Pengalaman ini sangat bermakna buat saya, banyak pengajaran yang saya terima, saya tidak pernah menjaga kucing sakit, ini kali pertama saya menjaga makhluk yang sakit.
“Mungkin perkara ini ada hikmah, sebelum ini saya tak tahu banyak tentang cara penjagaan kucing. Saya bersyukur dengan apa yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Sebelum ini , anak kepada penyanyi lagenda Amy Search sempat membawa haiwan peliharaanya ke klinik vaterinar untuk mendapatkan rawatan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menerusi satu lagi hantaran, suami kepada Nabila iaitu Mohd Izwan dilihat sedang menggali tanah untuk menanam bangkai haiwan berkenaan.
Terdahulu, Nabila memuatnaik hantaran memaklumkan kucing kesayangannya bernama Aoki sudah mati akibat disahkan menghidap penyakit buah pinggang sebelum keadaan semakin memburuk hari demi hari.