gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Sebak, Syukur Dikurniakan Anak Seperti Ayden - “Ayden Mengajar Mummy Apa Itu Erti Cinta Yang Sebenar”
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terbuka Terima Teguran, Uyaina Arshad Terkilan Jadi Mangsa Buli Siber - “Sejak Bila Masyarakat Kita Seronok…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
08/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Terbuka Terima Teguran, Uyaina Arshad Terkilan Jadi Mangsa Buli Siber - “Sejak Bila Masyarakat Kita Seronok…”
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa apabila menjadi mangsa buli siber dalam kalangan warganet.
Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, ini bukan kali pertama dia melalui situasi seperti ini dan memilih untuk tidak berdiam diri kali ini.
“Beginilah contoh siber buli, dan sejujurnya ini bukan pertama kali saya berhadapan dengan situasi ini, sudah banyak kali cumai saya lebih memilih untuk diam sahaja. Tapi tidak untuk kali ini,”
“Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Is this okay? Behaviour ni accepted ke di zaman 2025 ni? Saya faham, kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Dan kalau sepanjang 9 tahun saya mengacara atau berlakon, ada yang tak suka, itu hak masing- masing jadi saya minta maaf,” tulisnya.
Dalam pada itu, Uyaina akui terbuka untuk menerima teguran yang boleh membantunya memperbaiki diri dan prestasi kerja
Bagaimanapun, teguran yang bersifat peribadi berdasarkan rasa tidak suka kepada seseiorang itu adalah satu bentuk serangan peribadi dan buli siber. “Yang penting, saya jalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara sebaiknya dan menghiburkan, menyampaikan ilmu/info/manfaat yang berguna kepada masyarakat juga sebaiknya. Mana-mana komen yang boleh saya perbaiki diri, saya akan cuba perbaiki.
“Tapi mana-mana komen yang personal attack berdasarkan your personal preference, itu adalah cyber bully. And it’s not okay,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai isu ini, Uyaina turut meluahkan kebimbangannya terhadap mereka yang menghadapi situasi sama namun tidak mempunyai sokongan daripada orang terdekat.
Menurut isteri kepada Raja Syahiran itu, perkara tersebut boleh membuatkan seseorang yang dibuli itu bertindak di luar jangka.
“Nasib baik saya ni ada support system yang kuat dan mental yang kuat jugak (because I ignore a lot) so saya tak terkesan sangat dengan kata-kata orang tapi berapa ramai orang yang sorang-sorang? Dan kata-kata yang tajam ni akan buat dorang depression dan suicidal? Pernah terfikir tak?,” tambahnya.
Terdahulu, Uyaina mendedahkan telah menerima mesej daripada seorang pengikutnya yang menunjukkan beberapa individu mengutuk dirinya di media sosial.
Menerusi hantaran Threads, Uyaina memuat naik beberapa tangkap layar komen negatif yang didakwa dilemparkan kepadanya.
Topic Berkaitan
#Uyaina Arshad
#Buli Siber
#Teguran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement