"Terburai Iman!" - Gambar Remy Ishak Tayang Dada Bikin Ramai Wanita Tak Keruan!

Asraf Aided
Disember 23, 2018 23:30 MYT
Foto aktor terkenal, Remy Ishak memakai sut tanpa baju di dalam dan menayangkan sebahagian dadanya menarik perhatian netizen.
Foto itu dikongsi Remy menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Sekali sekala kanda posing maut dan acah-acah handsome.
"Kasi chance lah kanda perasan, boleh ke dinda?" tulisnya sebagai kapsyen.
Gambar itu meraih perhatian netizen terutamanya golongan wanita yang mengusik Remy di ruangan komen.
"Kanda, mengapa menggoda tunjuk dada ni?
"Ya Allah, terburai iman saya!
"Apa ni, bikin dinda tak keruan," tulis netizen.
Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen tempatan.
Remy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
#Remy Ishak