Selepas dunia dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus, wilayah Afrika Timur pula berdepan dengan serangan jutaan belalang gurun.

Ekoran itu, antara kawasan yang terjejas ialah Habsyah, Kenya dan Somalia.

Serangan serangga berkenaan telah menyebabkan kemusnahan ribuan hektar ladang, sekaligus menimbulkan krisis bekalan makanan di wilayah itu.

Serangan belalang ini juga menyebabkan petani kerugian besar dan juga hilang mata pencarian mereka.

Lebih buruk, bilangan belalang ini dijangka meningkat 500 kali ganda menjelang bulan Jun ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) juga memberi amaran bahawa belalang gurun ini mungkin akan memberi kesan kepada negara di kawasan Timur Tengah dan juga Asia Selatan.

Antara negara yang terletak di kawasan Asia Selatan ialah India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka, Kepulauan Maldives dan Myanmar.

Serangan oleh serangga ini adalah yang terburuk dalam tempoh 25 tahun.

Sumber: Reuters