“Terdapat 5 Diagnosa Seperti Depressive Disorder, Delusion Of Love…” - Pakar Psikiatri Ulas Filem Joker Dalam Konteks Perubatan

Hanafis Haris
Oktober 9, 2019 10:38 MYT
Perkongsian seorang pakar psikiatri berhubung kandungan tersirat yang dipaparkan dalam filem Joker di akaun Twitter miliknya telah menjadi perbualan ramai netizen sejak beberapa hari lalu.
Pandangan terhadap filem tersebut dikupas dengan teliti mengikut konteks perubatan.
Sehingga kini, posting pakar psikiatri dikenali sebagai Dr Zaid Rostam itu telah dikongsi sebanyak 1,838 kali dan menerima 1,937 likes.
Menurut Zaid, minit pertama menonton filem Joker telah membuatkan dia terdetik untuk keluar berikutan intensi emosi yang ditunjukan meninggalkan kesan terhadap dirinya.
Menurutnya, emosi yang dipaparkan bukan emosi biasa kerana ia mampu dirasai.
"Plot berkembang dengan sangat perlahan dengan intensiti emosi yang dinaikkan. Murung, terdesak, galau, keterpaksaan, tiada harapan, kesakitan, hilang rasa nikmat semuanya dicampur jadi satu.
"Delusi, halusinasi, realiti yang dicabar diadun dalam rentak yang mengelirukan," katanya.
Jelasnya lagi, adunan imbangan penyakit mental organik akibat trauma pada sistem otak, trauma penderaan, ibu yang bermasalah menghasilkan naratif yang perlu diikut dengan berhati-hati.
"Jika tidak, orang mudah salah faham begitulah orang kemurungan. Watak Arthur tidak sekadar kemurungan.
“Arthur ialah seorang antisosial yang mengalami masalah mental organik, yang berhadapan naratif stigma yang melampau, psikotik dan impulsif.
"Kita akan terbawa dengan naratif sakit mental sebahaya itu jika kita tidak tahu apa sebenarnya sakit ini," katanya.
Tambahnya lagi, Joker juga mengajak kita belajar beberapa simptom yang menjurus pada lima diagnosa ini.
"Antaranya adalah organic brain syndrome, major depressive disorder, antisocial personality disorder, narcisistic personality disorder dan delusion of love.
"Saya balik dengan otak yang penat. Kalau anda keluar wayang tak rasa penat tengok cerita ni maksudnya korang tak 'tengok' sebenarnya. Mungkin itu tujuan cerita ini dibuat," katanya.
Anda boleh lihat penjelasan penuh Dr Zaid di bawah:

JOKER Minit pertama saya menonton filem ini saya terasa ingin lari keluar kerana intensiti emosi yang ditunjukkan dalam babak bersahaja Arthur Fleck menconteng mukanya amat meninggalkan kesan pada diri saya. Itu bukan emosi biasa. Yang ditunjukkan itu emosi yang mampu dirasai

— DrRostam (@zaidrostam) October 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kesimpulannya, jika anda rajin, Joker mengajak kita belajar beberapa simptom/diagnosa yang menjurus pada diagnosa2 ini: 1. Organic brain syndrome 2. Major depressive disorder 3. Antisocial Personality Disorder 4. Narcisistic Personality Disorder 5. Delusion of Love

— DrRostam (@zaidrostam) October 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Joker mengisarkan tentang Arthur Fleck ataupun Joker bekerja sebagai seorang badut yang menceriakan orang lain dan bercita-cita menjadi ‘stand-up comedian’ (pelawak pentas).
Malangnya tiada siapa yang mengambil serius tentang dirinya sehinggalah dia menjadi individu dikenali sebagai Joker.
#Viral #Viral #Doktor #Joker