Hiburan

"Terdengar Satu Bisikan Pada Telinga Dia Berulang Kali Sebut ..." - Isteri Arwah Abam Dedah Dapat Nama Anak Ketika Tunai Umrah

gempak
Zulaikha Yusof
22/05/2020
04:37 MYT
Sponsor Banner
"Terdengar Satu Bisikan Pada Telinga Dia Berulang Kali Sebut ..." - Isteri Arwah Abam Dedah Dapat Nama Anak Ketika Tunai Umrah
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, mendedahkan nama anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dipilih oleh arwah sendiri.
Ketika dihubungi Gempak, Hidayah berkata arwah terdengar satu bisikan pada telinga dia menyebut nama Uthman Hamzah ketika berada di Madinah.
"Masa itu, saya dan arwah pergi melawat di Bukit Uhud. Pada ketika itu, arwah ada berkata yang dia ada terdengar satu bisikan pada telinga dia yang berulang kali sebut nama Uthman Hamzah.
"Balik ke Malaysia selepas selesai urusan umrah, kami berbincang dan kami bersetuju untuk letak nama anak kami iaitu Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar," katanya.
Dalam pada itu, Hidayah menyatakan dia sedang mengandungkan Hamzah ketika menunaikan ibadah umrah.
"Saya dan arwah pergi menunaikan umrah pada 8 Mac tahun lalu. Hamzah masih dalam kandungan saya dan usia kandungan ketika itu enam bulan," katanya lagi.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
BACA: EKSKLUSIF: "Kalau Abang Takda Jaga Diri & Anak" - Isteri Abam Bocey Dedah 10 Tanda Sebelum Meninggal Dunia
BACA: Isteri Arwah Abam Kabulkan Hasrat Suami Untuk Buat Perniagaan, "Nama Tersebut Sempena Lagu Si Kasih .."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live