HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
Perkongsian pelakon Kilafairy di platform Threads yang meluahkan rasa ingin membuka tudung mengundang pelbagai reaksi netizen.
Emosi tak stabil
Ketika dihubungi Gempak, Kilafairy mengakui emosinya kini tidak berapa stabil disebabkan masih merindui Allahyarham ibunya, penyanyi Rohana Jalil.
“Saya sebenarnya tengah tak berapa nak okay. Iman turun naik, biasalah manusia. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tak.
“Memang saya ada ayah, kakak, sepupu untuk meluah, tapi biasa cara orang grief kan lain-lain Saya pula rapat sangat dengan mama, memang reda tapi rindu,” katanya kepada Gempak.
Tetap istiqamah
Mengakui mempunyai niat untuk ‘free hair’ namun Kilafaily tetap mahu terus istiqamah dengan mendapat kekuatan daripada Allah.
“Saya tulis ‘rasa macam nak’. Tapi kenapa nak buka untuk manusia, kita patut buat semua benda untuk Allah.
“Cuma biasalah ada rasa nak free hair balik itu. Sebab itu istiqamah itu pahala dia besar. Insya-Allah, saya masih ada kekuatan iaitu Allah,” ujarnya.
Luahan hati
Sebelum ini, Kilafairy memuat naik status mengatakan dia berasa ingin membuka tudung namun enggan melakukannya hanya kerana manusia.
ARTIKEL BERKAITAN: Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah Kongsi Sebab Kilafairy Menangis Di Konsert Udit Narayan - “Salah Satu Punca Dia Hampir Batalkan Untuk Berada…”
Malah Kilafairy turut berharap semua orang dapat mendoakan agar imanya kuat dan dia terus istiqamah menjadi muslimah yang baik.
“Kenapa rasa macam nak free hair balik ni eh? Tapi bila saya fikir balik, kenapa saya nak tolong manusia. Patut kena buat semuanya untuk Allah. Bukan manusia.
“Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah itu susah. Astaghfirullahal'azim Ya Allah kuatkan la iman aku. Doakan saya please guys.
“Hujung-hujung dah iman Kila ni. I need your doa… doa Mama dah tak ada,” katanya.