“Terduduk Dibuatnya... Saya Dah Kena Ambil Ubat Kolestrol” - Dr Say Nasihat Jangan Takut Buat Ujian Darah
Mya Amri
07/01/2021 05:43 MYT
07/01/2021 05:43 MYT
Pengacara My Doctor, Dr Say Shazril menasihatkan orang ramai supaya jangan takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kendiri.
Menurut Dr.Say, tujuan melakukan pemeriksaan itu adalah untuk memastikan kesihatan diri berada pada tahap yang memuaskan.
“Harapan saya dengan post ni akan membuka mata anda di luar sana yang masih takut-takut nak buat pemeriksaan ujian darah.
“Saya tahu sekarang COVID test tengah laku keras, tapi jangan lupa juga rutin pemeriksaan. Sekurang-kurangnya setahun sekali memadai dah,” tulisnya.
Dr.Say juga turut berkongsi kisah benar yang berlaku pada dirinya sebagai panduan buat orang ramai.
Kata Dr.Say sebagai seorang doktor dan mengamalkan gaya hidup sihat, dia juga terkejut apabila disahkan mempunyai kolestrol tinggi dalam badan.
“Kali terakhir saya buat ujian darah penuh pada tahun 2015 untuk apply insurance kepada rumah yang saya diami sekarang.
“Masa itu kolestrol agak tinggi tapi saya lupa sungguh berapa bacaannya. Isnin baru ni saya buat ujian darah sekali lagi dan hari ini keputusannya siap.
“Keputusannya? Saya dah sedikit agak ia akan tinggi tapi tak saya sangka setinggi ini. Saya ingat lepas 6 tahun akan elok sikitlah bacaannya dengan gaya hidup sihat yang saya amalkan walaupun adalah cheat sana cheat sini sikit.
“Tapi sangkaan saya salah. Bila bini screenshot result tu kepada saya, terduduk saya dibuatnya peeps.
“Kali ni saya akur. Saya beritahu bini, ‘saya kena mula ambil ubat kolestrol hari ini’ dan bini pun bersetuju.
“Jangan anda sangka berbadan kurus, kolestrol dalam badan anda rendah. Saya ada banyak kawan-kawan yang dah mula ambil ubat ini sejak umur 20-an lagi.
“Saya sedikit tidak bertuah sebab saya ada keturunan kolestrol tinggi namun itu bukan penyebab untuk saya jadikan alasan. Jadi peeps tahun baru ni apa kata SAMA-SAMA KITA CHECK DIRI KITA?” coretnya.

Instagram: @say_shazril