Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Terduduk Tapi Tidak Meraung...”- Sayunya Luahan Hati Jihan Muse Selepas Pemergian Abam Bocey

Syafiqah Jalal 12/02/2020 | 04:40 MYT
Pelawak dan pengacara Jihan Muse akui terkejut dengan berita pemergian rakan seperjuangannya, Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar pada Isnin.
Jihan menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama, pemergian sahabatnya itu telah mengingatkannya tentang kematian.
“Nak menulis tak tertulis. Nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti. Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung.
“Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang reda. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri.
“Waktu yang sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yang tahu rasa yang apa. Berulang lagi sakit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar.
”Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak-anak kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yang abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.
”Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’,” tulisnya.
Jihan berkongsi luahan tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut, Jihan memuat naik sedutan lakonan pentas dia dan arwah Abam suatu ketika dulu.
Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.
Difahamkan arwah demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.
Abam, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

. Nak menulis tak tertulis Nak berkata tak terluah Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri. Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri. Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi sakit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar. . Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki. . Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu..

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

#Abam Bocey #Jihan Muse #Meninggal Dunia
;