Terengganu Jadi Tumpuan Instagramers? Ini 4 Lokasi Sunset & Sunrise Paling Cantik!
Hanafis Haris
25/02/2020 10:02 MYT
25/02/2020 10:02 MYT
Sejak akhir-akhir ini, Terengganu telah menjadi tumpuan kebanyakan 'kaki gambar' apabila banyak pemandangan di negeri tersebut mendapat pengiktirafan.
Antaranya adalah pengiktirafan oleh syarikat teknologi Apple Inc yang berkongsi sekeping gambar seorang jurugambar dikenali sebagai Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah.
Namun, jika ada yang tertanya-tanya di manakah lokasi menarik untuk dilawati di sana, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Azim Nazha telah pun berkongsi empat lokasi yang dirasakan terbaik.
Ini antara empat lokasi berkenaan.
#1 Air terjun Lasir, Tasik Kenyir
Menurutnya, jika mahu ke sini, anda perlu menyewa bot atau 'houseboat'. Banyak pemandangan cantik jika sampai di tasik ini.
#2 Draw Bridge
Ini antara lokasi yang sangat disarankan. Tempoh masa untuk penggambaran juga tidak terhad, anda boleh mengambil gambar bila-bila masa sahaja.
#3 Kampung Maras
Menurut Azim, ini antara satu daripada kampung digemari kerana pemandangannya yang cantik.
Malah, pemandangan ketika matahari terbenam juga sangat cantik disamping sawah padi dan pokok kelapa.
#4 Kampung Rusila
Kampung ini juga antara lokasi tepi pantai yang sesuai untuk mereka yang memburu pemandangan yang indah.
Anda boleh lihat posting penuh Azim di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.