Pengacara Fara Fauzana meluahkan penghargaannya terhadap pekerja di Tanah Suci Mekah yang sentiasa bertungkus lumus membersihkan tempat ibadah berkenaan.

Luahan itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya, harini.

"Bila mereka ini mencuci adakala kita lupa ucap terima kasih.

"Bila mereka ini mengemas adakala kita malas bangun. Bila tiba giliran kita mencuci hati yang pasti DIA ada disisi.

"Saya pernah terfikir dan bertanya macam mana nak kerja kat sini sebagai tukang cuci tapi terbantut sebab kekangan bahasa," katanya.

Posting berkenaan kemudian menarik perhatian ramai pengikutnya.

Rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman ketika bertembung dengan tukang cuci di Mekah.

Difahamkan, Fara baru pulang daripada menunaikan umrah bersempena dengan hari kelahirannya yang ke-40.

M E N C U C I . bila mereka ini mencuci adakala kita lupa ucap terima kasih bila mereka ini mengemas adakala kita malas bangun bila tiba giliran kita mencuci hati yg pasti DIA ada disisi . nota : FF pernah terfikir and bertanya mcmana nak kerja kat sini as a cleaner tp sbb kekangan bahasa .. terus saya jalan dan sambung ambik gambar ?siapa tau?! . notalagi : FF dah balik Msia yea. baru nak upload, it normal heheh . #farafauzana #bilafafauosem40 #bilafafautravel #fafauluxetravel #bilafafaubermusafir #kacamatafafau #iphone11pro #amalbymh #intotaqwaumrah

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on