Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tergamak Curi Barang Jemaah Masjid, 'Lelaki Bertelekung' Undang Kemarahan Netizen!

Hanafis Haris
07/01/2020 09:45 MYT
Tergamak pakai telekung! Itu antara reaksi netizen apabila satu rakaman video memaparkan dua individu sedang mencuri di sebuah masjid tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 3 minit 55 saat itu dimuat naik menerusi Facebook Masjid Ibn Abbas, malam semalam.

"Dua suspek dikenal pasti, seorang lelaki dan seorang wanita. Suspek lelaki berselindung disebalik pemakaian telekung wanita untuk menggeledah beg tangan muslimat yang diletakkan di belakang.

"Berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Jaga barang berharga anda walaupun berada di dalam masjid atau surau," kata pengendali akaun Facebook berkenaan.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang daripada suspek dipercayai lelaki masuk ke dalam masjid dan terus mengambil telekung.

Pada masa sama, seorang lagi dipercayai wanita menunggu di luar ruang solat masjid itu.

Lelaki 'bertelekung' itu kemudian terus memasuki ruang solat wanita dan mencuri barangan di dalam beg tangan jemaah sebelum kedua-dua mereka keluar meninggalkan kawasan masjid.

Anda boleh lihat rakaman video di bawah.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan individu tersebut.

Kebanyakan mereka kecewa apabila suspek sanggup melakukan jenayah walaupun di dalam masjid.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kecewa dan marah dengan perbuatan individu terbabit, apatah lagi ia dilakukan di dalam masjid.
#Masjid #Jenayah