Pengacara Roslan Shah mengakui kesal apabila ada pihak yang menyebarkan gambar dan video bogelnya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Roslan memberitahu perkara tersebut memalukan dirinya.

"Terima kasih orang yang sebarkan gambar ini dan serta video.

"Tergamak sungguh ya nak memalukan Cik Lan ya.

Terima kasih orang yang sebarkan gambar ini dan serta video....tergamak sungguh ya nak memalukan cik lan ya...terima kasih follower dan peminat cik lan whatsapp pic ini kepada cik lan tadi...tidak tahu lah apa lagi tidak puas hati dengan cik lan ya...#WalaupunIbuCikLanSakitTetapMendoakanUntukCikLan #AllahTidakTidur #MusuhDalamSelimut #TidakPercayaDenganSesiapaSaja #DahTidakAdaKerja #DahPuasHatiNakMemalukanCikLan

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on


"Terima kasih follower dan peminat Cik Lan whatsapp gambar ini kepada Cik Lan tadi.

"Tidak tahulah apa lagi tidak puas hati dengan Cik Lan ya," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Roslan bertabah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar gambar dan video tersebut.

Sementara itu menerusi laporan sebuah portal, Roslan berkata, dia tidak menolak kemungkinan ada pihak lain menyebarkan gambar serta video itu kerana telefon miliknya pernah hilang.

"Salinan video itu ada di dalam telefon juga dan saya masih belum sempat memadamnya ketika telefon tersebut hilang," katanya.