Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terganggu Dengan Bunyi Bising Enjin Motosikal, Lelaki Tikam Jiran 11 Kali

Gempak
31/07/2024 12:55 MYT
Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan nekad menikam jirannya dalam kejadian di Kabupaten Pringsewu pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang waktu tempatan itu, mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan peribadi oleh pelaku.

Ketua Polis Gading Rejo, AKP Hasbulloh berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising menghidupkan enjin motosikal dengan kuat secara kerap hingga menggangu ketenteraman keluarga suspek.

Beliau berkata, pelaku yang dikenali sebagai Arfan Gunawan,27, sebelum ini sering menegur mangsa, Feri Handika,34, supaya tidak membuat bising, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Suspek mengakui dia terganggu kerana pada masa kejadian anaknya tengah sakit, akibat itu dia hilang kawalan lalu pergi menikam mangsa," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Malah suspek turut menjelaskan bahawa dia menikam mangsa sebanyak 11 kali di bahagian dada, tangan dan kaki menggunakan pisau dapur.

Suspek kini ditahan bersama barang bukti iaitu sebilah pisau di Balai Polis Gadinggrejo untuk siasatan lanjut.

"Suspek akan didakwa di Bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Mengenai Pembunuhan Seksyen 351 Ayat 3 mengenai penganiayaan berat sehingga menyebabkan kematian, yang membawa hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan," kata Hasbulloh.

Sumber - Agensi / Sinar Harian

#Bunyi enji motosikal #Enjin motosikal #Tikam 11 kali #Tikam jiran