Hiburan
“Terganggu Jugaklah Dekat Backstage Sambil Tunggu Giliran” – Disindir Drama Band, Ini Jawapan Haqiem Rusli
Penyanyi Haqiem Rusli tidak tersinggung dengan persembahan Drama Band yang didakwa meyindirnya sewaktu persembahan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) pada malam Ahad.
Menerusi laman sosial Twitter, Haqiem menghantar satu kicauan menjawab satu luahan wargamaya yang berpendapat Haqiem dimalukan dan dijadikan bahan ketawa.
“Biarlah mereka,asalkan saya tak kacau siapa-siapa dan fokus untuk persembahan saya malam tadi, tapi terganggu jugalah dekat backstage bila tengok dekat TV sambil tunggu giliran.
“But it’s okay, selagi kita tahu perbezaan mana yang positif dan negatif malam semalam, boom!” balas Haqiem menerusi satu kicauan.
Mendedahkan dirinya agak terganggu dengan persembahan Drama Band pada malam itu, reaksi positif Haqiem terus mendapat sokongan daripada wargamaya.
“Takpe, dah dapat beza yang mana matang dan yang mana berfikiran macam budak-budak. Keep it up,” tulis seorang wargamaya.
“Betul la kata Naim Daniel, jika niat kita baik, baik la karya kita. Tapi cara Drama Band pun dah tahu jahat hmm,” kata seorang wargamaya.
“Inilah pendirian Haqiem yang sebenar. Biar orang nak kata apa, yang penting kita tahu apa yang kita buat. Biar orang kacau kita, jangan kita kacau orang. Sebab apa? Takut nanti terkena dekat hidung sendiri,” puji seorang wargamaya.
“Haqiem, sabar ye. Kami ada dengan Haqiem. Kami akan sentiasa positif macam Haqiem walaupun kadang-kala hati kami meronta untuk mempertahankan Haqiem. Tapi kami sedar kecaman dan hinaan pada mereka bukan jalan yang terbaik,” komen seorang wargamaya lagi.
Pada AJL34, persembahan Drama Band mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menyindir beberapa individu termasuklah Haqiem Rusli.
Terdahulu pada tahun 2018, Haqiem berdepan masalah kemurungan sederhana dan menafikan perbuatan itu sekadar gimik.