Bahang Anugerah Juara Lagu ke-32 semakin terasa dan pelbagai ramalan muncul dalam kalangan netizen dan peminat lagu-lagu yang bertanding.
Tergantung Sepi milik penyanyi Haqiem Rusli antara karya yang dijangka bakal menggugat 11 buah lagu lain.
Bagi Haqiem, ramalan awal itu tidak memberikan tekanan malah menyuntik semangatnya untuk memberikan persembahan terbaik di pentas AJL 32 malam esok.
"Saya tidak target untuk menang apa-apa pun, saya sedar saya masih muda dan baru pertama kali masuk AJL.
"Berlawan pula dengan otai-otai misalnya Dayang Nurfaizah dan Hazama. Susah untuk menang sebenarnya.
"Namun, apabila ramai yang meletakkan ramalan lagu saya bakal jadi juara, ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk buat yang terbaik.
"Kalah atau menang bukan soalnya. Janji saya puaskan hati keluarga, peminat dan syarikat rakaman saya," katanya kepada Astro Gempak.
Selain Tergantung Sepi, tiga lagu lain yang diramalkan bakal bersaing untuk merebut gelaran AJL ialah Jampi (Hael Husaini), Sejati (Azmi Caliph Buskers) dan Akhirnya Cinta (Salma).
Bagi Haqiem, dia reda dan menerima keputusan pada malam esok dengan berlapang dada.
"Saya tidak risau, saya relaks, reda dan tawakkal. Semuanya sudah tertulis.
"Kalau saya kalah, kalahlah. Tak mengapa," tambahnya.
Selain persediaan daripada susunan semula muzik dan persembahan pentas, Haqiem juga mahu persembahannya pada AJL lagi memberikan kefahaman tentang makna lagu Tergantung Sepi.
"Alhamdulillah, persediaan berjalan lancar dan perkara yang ingin saya tonjolkan sebenarnya makna lagu Tergantung Sepi kepada orang ramai," katanya.
Bertemakan Fesyen dan Muzik, AJL 32 akan dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam esok menggandingkan Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara.
AJL 32 mempertandingkan 12 lagu iaitu Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Lebih Sempurna (Syamel) dan Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri).
Turut bersaing Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).
Amri Hassan
Sat Feb 10 2018
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.