,
Laman Utama

Tergelincir Sewaktu Lakonkan Babak Bergasak, Alicia Amin Teruja Jayakan Aksi Lasak Dalam Filem The Disappearance of Irdina Adhwa

Izwan Isa
23/02/2022
05:50 MYT
Bukan mudah untuk melakonkan watak aksi dalam filem, lebih-lebih lagi jika aksi lasak berkenaan dilakonkan oleh pelakon itu sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.
Hal ini yang dialami oleh model dan pelakon popular, Alicia Amin. Menerusi penglibatan perdananya menerusi naskhah layar lebar berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa, Alicia mengakui cedera ringan sewaktu menjayakan aksi yang memerlukannya berlari dan bergasak.
“Ketika kejadian, saya sedang bersedia untuk menjayakan babak lasak pertama dengan pelakon Josiah Hogan. Ketika itu, watak Josiah mahu menetak saya. Kebetulan kami berada berhampiran dengan lantai bilik air yang agak licin.
“Malang tak berbau, Josiah pada waktu itu terjatuh dan dia terpijak kaki saya. Sakit jugalah waktu itu sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan sebab buku lali sayang agak bengka,” ujar Alicia.
Alicia berkata demikian ketika sesi sidang media filem berkenaan yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Bekas peserta Asia’s Next Top Model itu berkata, dia tidak menyalahkan sesiapa mengenai hal berkenaan memandangkan ia hanyalah kemalangan kecil sahaja.
“Jujurnya saya tak salahkan dia kerana saya faham ia berlaku dengan secara tidak sengaja. Tambahan pula, filem ini filem aksi jadi apa pun boleh terjadi.
“Menangis jugalah bila call suami… tapi selepas dah okey, saya kembali teruja untuk beraksi di depan kamera,” katanya lagi.
Diarahkan oleh Kyle A Halim, filem The Disappearance of Irdina Adhwa ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Syazuwan Hassan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.
Menjalani penggambaran di Melaka dan Sabah, filem tersebut mengisahkan tujuh pelajar kolej yang bercuti di sebuah banglo selepas selesai majlis graduasi mereka. Namun percutian menyeronokkan yang diharap dapat melepaskan mereka daripada tekanan sebagai pelajar akhirnya mengundang tragedi berdarah.
The Disappearance of Irdina Adhwa bakal disiarkan di Astro First pada 24 Februari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Laman Utama

Digosipkan Sedang Berkawan Rapat Dengan Amir Ahnaf, Alicia Amin ; “Yang Saya Pernah Jumpa…”

gempak
15/05/2023
02:50 MYT
Alicia jawab gosip mengenai dia dan Amir.
Laman Utama

Pernah Bercerai! Alicia Amin Belum Ready Fikir Soal Cinta - "Saya Nak Cuba Untuk ..."

gempak
24/04/2023
02:55 MYT
Alicia mahu fokus diri & kerjaya.
Laman Utama

[VIDEO] Bertahan Hanya Setahun, Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu - “Saya Masih Sayangkan Dia Tetapi…”

gempak
02/03/2023
08:41 MYT
Alicia sah bercerai...
Laman Utama

Isu Bayaran Model KLFW Selesai, Akhirnya Perjuangan Alicia Amin Berhasil; “Walaupun Ada Syarikat Guaman Menawarkan…”

gempak
22/09/2022
03:40 MYT
Alicia Amin lega isu bayaran model sudah selesai.