Terhad & Sangat Lembut - Kenali Daging Harimau Menangis, Patutlah Harganya Agak Mahal
Azwa Rahman
14/01/2021 23:25 MYT
14/01/2021 23:25 MYT
Nama Daging Harimau Menangis menjadi tular apabila sekitar minggu ini apabila ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini bertindak mempatenkan cap dagangan daging tersebut.
Namun, atas kecaman hebat daripada wargamaya, Noor Kartini membuat keputusan untuk membatalkan permohonan cap dagangan untuk meredakan kemarahan ramai.
Tahukan anda apa sebenarnya Daging Harimau Menangis? Menurut mitos, daging tersebut begitu sedap sehingga membuatkan seekor harimau menangis kerana tidak dapat menikmati bahagian tersebut kerana terlalu sukar dicari.
Menurut sebuah buku berjudul Teknik & Resipi: Kuasai Dunia Kulinari tulisan Chef Suhaili, gelaran Harimau Menangis merujuk kepada bahagian daging yang terletak pada bahagian celah peha bahagian kaki belakang lembu.
Selepas seekor lembu disembelih, biasanya ia dibahagikan kepada sembilan potongan utama sebelum ia dimasak.
Penggunaan daging juga adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Bahagian yang paling lembut dilabel sebagai sirloin.
Otot di kawasan ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut.
Antara potongan yang terbaik untuk membuat steak dari bahagian ini adalah Tri-Tip Steak, Top Sirloin Filet, Top Sirloin Steak dan Sirloin Steak.
Namun, terdapat bahagian yang unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa lemak setelah dimasak.
Harganya agak tinggi berbanding bahagian lain kerana kedudukannya yang terhad, hanya berada di dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.
Menjadi hidangan popular di negara Thailand, Daging Harimau Menangis turut dikenali dengan nama Suea Rong Hai di sana.
Cadangan terbaik untuk memasak Daging Harimau Menangis adalah dengan membakarnya bersama rempah ratus. Dari situ, daging tersebut dihiris menjadi ketulan kecil dan anda boleh menikmatinya bersama kuah pencicah untuk melengkapkan lagi rasa lemak yang enak.
Kredit foto: Jom Kongsi Resipi, MeatXpert