Laman Utama
Terharu Ucapan Sweet Aiman Untuk Zahirah - “Terima Kasih Korbankan Masa Jaga Anak, Tak Ada Yang Boleh Gantikan…”
Pelakon Aiman Hakim tidak ketinggalan memberikan nukilan istimewa buat isteri tersayang, Zahirah MacWilson sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26, semalam.
Menerusi akaun Instagramnya, Aiman berkongsi foto istimewa merakamkan wajah Zahirah dan anaknya yang sedang nyenyak tidur.
Menurut Aiman, dia berasa syukur dan berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan Zahirah sepanjang bersamanya.
“Selamat ulang tahun kelahiran mummy, @zahirahmacwilson! Terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat kepada anak kita.
“Terima kasih kerana mengorbankan masa, tubuh badan, dan juga hari lahir kerana membesarkan anak kita dengan penuh kasih sayang.
“Tidak ada apa yang dapat menggantikan atau menukarkan apa yang telak awak lakukan dan kami berdua amat mengehargai setiap detiknya.
“Love you mummy! Nanti dah habis pantang kita pergi makan-makan hanya dengan kita bertiga sahaja okay. Ia adalah temu janji! Daddy belanja!” coretnya.
Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 5 Januari 2021.
Zahirah dan Aiman pulang ke Perth, Australia sejak Oktober 2020 bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka selain berpantang di sana.