Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Terhasil Daripada 4 Negara, Watak Naga Sky Kyrin Mewakili Malaysia, Vietnam &...

Hanafis Haris
11/11/2019 11:32 MYT

Jika sebelum ini Marvel Games mengumumkan penghasilan watak baru daripada empat negara dalam permainan MARVEL Future Fight, namun kini satu lagi watak lagenda diperkenalkan iaitu Sky Kyrin.

Menerusi satu sidang media yang dijalankan oleh Marvel Malaysia baru-baru ini, Penerbit Kanan MARVEL Games, Danny Koo menjelaskan karakter naga berkenaan wujud beberapa juta tahun yang lalu.

Menurut Danny, Sky Kyrin terbahagi kepada empat entiti yang mana kini ia menjadi manusia semula untuk bersedia mempertahankan dunia jika berlakunya peperangan.

Empat entiti itu adalah Blue Dragon dari Vietnam, War Tiger dari Thailand, Shadow Shell dari Taiwan dan Sun Bird dari Malaysia.

BACA: Wow Siap Ada Keris? Malaysia Akhirnya Ada Watak Superhero Sendiri Dalam MARVEL Future Fight! 

Sejauh mana Sky Kyrin digunakan dalam MARVEL Future Fight belum lagi diumumkan.

Jika anda masih belum bermain permainan ini, boleh terus muat turun di iOS dan Android.

Untuk rekod, permainan MARVEL Future Fight telah dimainkan sebanyak 100 juta permain seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, dua juta membabitkan pemain dari Malaysia.

#Marvel #Game #Sunbird