Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Terhibur Lihat Gelagat Menari Sambil Beri Isyarat Penerbangan, Netizen Gigih Cari Abang Shuffle - "Paling Rare! Tolong Reveal Bro Ni Siapa Boleh Tak?"

Mya Amri
31/08/2024 13:25 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan ke 67 merupakan antara acara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia.


Abang shuffle tular

Sudah pasti terdapat pelbagai ragam dan momen lucu sepanjang acara berlangsung yang akan menjadi perhatian netizen.

Sama seperti kisah lelaki ini yang secara tiba-tiba menjadi tular kerana gelagat spontannya ketika menari telah disiarkan secara langsung pagi tadi.

Menerusi perkongsian klip pendek di akaun TikTok stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), kelihatan lelaki itu sedang membuat tarian popular iaitu Shuffle sewaktu menjalankan tugasnya.


Shuffle sambil beri isyarat penerbangan

Menariknya lagi, lelaki itu juga sempat melakukan tarian tersebut sembil memberikan isyarat penerbangan untuk jet yang sedang menunggu giliran membuat persembahan udara.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya dan sudah menjangkan lelaki itu akan menjadi tular.

Malah netizen juga menyukai aura positif yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan.

Antara komen yang diberikan netizen adalah:

undefined
#Viral #Netizen #Tular #Hari Kebangsaan #Merdeka #Abang Shuffle #Isyarat Penerbangan #Shuffle