"Terima 10 Mesej Sehari!" - Datuk Seri Vida Dedah Ada Manusia Berhati Busuk, Cuba Godam ...

Amri Hassan
September 7, 2019 04:19 MYT
Penyanyi, pelakon dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida mendedahkan ada pihak yang berniat tidak baik dan cuba menggodam akaun Instagramnya berkali-kali sejak semalam.
Kata Vida, dia kerap menerima kiriman mesej menyatakan akaun media sosialnya yang kini mencecah 2.3 juta pengikut cuba digodam.
"Tak habis-habis kacau binatang ni. Macam mana nak buat ye. Jangan terpengaruh!
"Hampir 10 mesej terima sehari. Macam-macam nombor datang lebih daripada 20.
"Ni nak hack tahap gaban ni.
"Saya hampir buka pautan nak masukkan kata kunci, berhati-hati terutama yang banyak pengikut," katanya.
Difahamkan nombor-nombor terbabit bukan daripada syarikat telekomunikasi tempatan sebaliknya berpangkalan di luar negara antaranya Istanbul.
Vida turut mengingatkan orang ramai agar tidak panik dan terpedaya dengan kiriman mesej terbabit memandangkan sindiket menjual media sosial kini semakin berleluasa.
Dalam kiriman mesej terbabit, Vida didakwa telah melanggar hak cipta dan dikehendaki 'memulangkan' semula akaun Instagramnya.
Seandainya gagal berbuat sedemikian, akaun terbabit akan dibekukan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Netizen beranggapan itu hanyalah taktik penggodam yang cuba mendapatkan akaun Instagram secara rawak dan menasihati Vida agar segera menyekat nombor-nombor terbabit.
#Viral #Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Viral #Godam