HIBURAN
Terima Aduan Gangguan Serangga, Aliff Syukri Pertahan Resort Bonda Rozita - "Realitinya Itu Konsep Rumah Hutan Bukan Hotel Bandar"
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular melibatkan aduan seorang pelanggan yang mendakwa sebuah resort milik ibunya di Janda Baik tidak menepati jangkaan dan kurang selesa.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarazzaman, resort tersebut bukanlah seperti hotel bertaraf bandar yang lengkap dengan kemudahan moden, sebaliknya dibina berkonsepkan ‘rumah hutan’.
“Sebenarnya, resort di Janda Baik itu milik mak saya. Kalau ikutkan, kalau dia pergi bercuti di resort mak saya, resort tu jauh lebih mewah. Lebih ‘high class’.
“Tapi realitinya, resort tu berkonsepkan rumah hutan, bukan hotel bandar,”katanya kepada Gempak.
Tambahnya lagi, dia tidak menyalahkan pelanggan yang membuat aduan kerana setiap individu berhak meluahkan pandangan masing-masing, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pengalaman peribadi.
“Cara dia buat aduan tu, bagi saya, tak salah. Itu hak masing-masing. Tapi bila saya nak uarkan, saya rasa orang perlu faham konsep asal resort tersebut,” ujarnya.
Bagaimanapun, usahawan D’Herbs itu turut menjelaskan semula konsep sebenar resort milik ibunya yang berlokasi di dalam hutan.
Walaupun menerima aduan daripada pelanggan mengenai gangguan serangga dan beberapa perkara lain yang kurang menyenangkan, Aliff menganggap situasi itu sebagai perkara biasa apabila berada di kawasan hutan semula jadi.
“Contohlah, awak nak pergi resort dekat Janda Baik. Dekat Janda Baik itu, tak ada lagi hotel hotel yang ada di bandar yang tinggi dan tertutup rapi.
“Kalau kita cerita pasal, contohlah, kita pergi dekat konsep chalet. Pasti akan ada cicak, tebuan, mungkin kadang-kadang ada lintah.
“Benda tu adalah normal bagi sayalah,” jelasnya.
Terdahulu, seorang wanita telah berkongsi pengalaman ketika bercuti ke Rumah Hutan Bonda Rozita dan review tersebut meraih perhatian apabila dia hanya memberikan rating sebanyak 4.5 bintang sahaja.
Must-Watch Video