Laman Utama

Terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang, Fazura – “ Faz Hargai Sokongan & Doa Semua”

Shahrin Zulkifle
20/07/2022
06:00 MYT
Usahawan dan pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, 39, dipilih menerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita.
Penghargaan itu diberikan kepada Fazura sempena Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3, Sabtu lalu.
Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya, Fazura melahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan yang diterima.
Fazura atau senang dipanggil Faz, dia meluahkan rasa syukur dan terima kasih buat suami dan puteri tercinta kerana menjadi tulang belakang di atas kejayaannya.
“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” tulisnya pada kapsyen.
Aktres tinggi lampai itu turut merakamkan ribuan terima kasih kepada abang kandungnya sendiri yang selama ini sentiasa bersama dengannya di saat jatuh dan bangun.
“Faz juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang juga mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu. Banyak yang kami lalui bersama.
“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan ini. Saya cintakan anda semua,” tulisnya.
Fazura turut menambah, tanpa penyokong dan peminat produknya, mustahil untuk dia meraih pengiktirafan tersebut.
“Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk Fazura. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua,” ujarnya.
Sementara itu, ucapan syabas dan tahniah telah membanjiri ruangan balas di akaun Instagram milik aktres itu.
Selain Fazura, pengacara popular iaitu Datuk Aznil Nawawi turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam majlis yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.
Berita

Prosiding Pertama Sebutan Kes Zayn Rayyan Hari Ini

gempak
26/07/2024
01:27 MYT
Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sekali lagi mencuri tumpuan, apabila ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, Disember tahun lalu.