Viral
Terima Hadiah ‘Handbag’ RM32,000 Masa Bercinta, Liya Maisarah Tak Pernah Kikis Duit Imran Vokey - “Saya Menangis Macam Orang Gila…”
Tular video pempengaruh media sosial, Liya Maisarah mendedahkan dia pernah menerima hadiah sebuah beg tangan jenama mewah daripada suaminya yang juga pempengaruh, Imran Vokey ketika zaman percintaan.
Hadiah hari lahir
Menerusi video di TikTok, Liya berkata, hadiah beg bernilai RM32,000 yang diberikan Imran itu sempena ulang tahun kelahirannya di Jakarta.
menganggap momen tersebut sangat indah, Liya bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah mengikis wang Imran sepanjang tempoh perkenalanan mereka.
“Saya tak pernah kikis dia pun. Masa bercinta tiga tahun tu pun tak pernah. Beg ni satu-satunya benda yang paling mahal. Saya menangis macam orang gila semasa dia bagi ni.
“Masa ni dekat Jakarta. Birthday saya. baru kali kedua sambut birthday bersama. Beg paling mahal, ayah saya pun tak pernah beli beg semahal ini. Manager dia tanya tahu tak harga beg tu berapa? RM32,000.
“Lepas dengar tu saya menangis gila. Sampai dia rasa serba salah. Saya cakap jangan beli mahal-mahal. Duit tu boleh buat untuk kahwin. Lepas tu dia cakap tak apa sebab saya pernah bagi hadiah mahal dekat dia.
ARTIKEL. BERKAITAN: Selepas 3 Tahun Jalin Cinta, Liya Maisarah Sah Bergelar Suami Kepada Imran Vokey - “Bukan Mudah Tapi…”
“Dah dua tahun baru sekali saya pakai beg tu,” kongsinya yang turut menegaskan kenyataan mengenai jumlah nafkah RM5,000 seminggu sebelum ini hanya sekadar gurauan.
Selepas hampir empat tahun menyulam cinta, Liya dan Imran selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada 10 Januari lalu.
@userrr7382.__ Replying to @_stfuamz hadiah birthday liya harga 32k 🫠🫠 #liyamaisarah #vokey #LiyaFoundHerKey #fyp #foryoupage ♬ original sound - to.kenanan
Must-Watch Video