Aktres, penyanyi dan usahawan Fazura Sarifuddin baru menyambut ulang tahun ke 38nya pada tanggal 27 September lalu.
Menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya, @missfazura dan suami, Fattah Amin serta beberapa rakan dekatnya, ibu kepada seorang cahayamata ini diraikan dengan beberapa majlis yang sederhana namun meriah.
Terkini, Fazura berkongsi hadiah yang diterima olehnya sejak beberapa hari lalu dengan tujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengingati tarikh ulang tahunnya.
Apa yang menjadi perhatian adalah lambakan hadiah dari jambangan bunga, kek sehingga manisan yang diterima Fazura membuat ramai yang kagum.
Aktres yang telah menerima banyak pengiktirafan ini disayangi tak ubah seperti bintang K Pop yang akan dibanjiri pelbagai jenis hadiah pada hari ulang tahun kelahiran mereka.
"Syukur Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih buat semua yang sangat murah hati dan penuh kasih sayang kirimkan hadiah sempena birthday Faz," tulis Fazura kepada lebih 5 juta pengikutnya sambil menyelitkan emoji menangis tanda syukur.
Fazura kemudian mengatakan bukan hadiah yang penting buatnya, tapi bagaimana setiap individu mengingatinya memberi makna yang lebih besar.
"It’s not the price and size that matters, tapi tanda ingatan ini cukup bermakna buat Faz. Dari sebesar dan semahal bungkusan hingga lah seulas coklat, I want to say thank you!
"Semoga Allah SWT melimpah kurniakan rezeki yang bertambah lagi buat semua dan semoga dilipat ganda kan lagi setiap kebaikan yang Faz terima dari setiap segi dan cara buat anda semua. I love you tremendously," tulisnya lagi.
Sementara itu, Fazura yang pertama kali menyambut ulang tahun dengan penampilan baharu turut menarik perhatian apabila menerima kek ulang tahun yang dihiasi patung dirinya berhijab sambil memeluk anaknya, Fatima dari Fattah Amin.
Menerusi Instagramnya, Fattah ikut meraikan hari ulang tahun Fazura dengan menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita cantik dan superwoman yang selalu membuat dirinya bangga.
"Happy birthday to my beautiful wife. You’re a true definition of a superwoman, super mommy and unbelievably hardworking.
"Your generosity to everyone and how you make everyone happy always impresses me. Daddy and Fatima love you so much. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki kebahagiaan dunia akhirat for you," ucap Fattah kepada wanita yang dinikahinya pada tahun 2017 lalu.
Maliah Surip
Fri Oct 01 2021
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.