"Terima Kasih Allah Mencipta Suamiku" - Ucapan Siti Sarah Buat Netizen Tersentuh

Rozaimi Zubaidi
September 12, 2018 05:49 MYT
Penyanyi Siti Sarah kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya, Shuib Sepahtu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah memberi ucapan yang menyentuh hati peminatnya sempena ulang tahun kelahiran Shuib pada hari ini.
"Terima kasih Allah mencipta suamiku. Terima kasih @amy_salmi melahirkan suamiku. Terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.
"Moga diampuni segala dosa suamiku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manafaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih bayak amal yang dapat dilakukan, lebih berjaya, aman rumahtangga moga suamiku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia.. Amin Amin Amin Ya Robbal Alamin.
"Semoga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga. Happy Birthday Suami," tulisnya.
Rata-rata pengikut Sarah mengakui tersentuh dengan ucapan yang diberikan pada suaminya dan turut mendoakan agar hubungan yang dijalinkan oleh mereka kekal selamanya.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
#Siti Sarah #Shuib SepahTu