Skip to main content

Berita Tempatan

“Terima Kasih Allah Untuk Peluang Kedua…”- PU Riz

purizcovid.jpg

Pencetus Ummah (PU) Riz bersyukur kerana dia diberikan peluang kedua selepas sembuh dari virus COVID-19.

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail turut berterima kasih kepada keluarga semua yang mendoakannya.

BACA: "Saya Reda... Doakan Saya Lekas Sembuh" - PU Riz Positif COVID-19

BACA: "Ibaratnya Ini Peluang Kedua Allah" - PU Riz Menangis Pulih Covid-19, Akan Merindui Jemaah Tabligh

“Terima kasih Allah untuk peluang kedua ini. Saya tahu saya bukan hamba yang sempurna tetapi saya pasikan akan terus memperbaiki diri.

“Alhamdulilah Ramadan ini berbeza dan tawajuh buat saya.

“Saya ingin berterima kasih kepada Abah untuk segala ajaran agama yang diberikan, abang saya yang bijak dalam perubatan. Terima kasih juga untuk Umi serta adik saya untuk makan yang lazat dan tidak lupa mengejutkan saya sahur,” katanya.

PU Riz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pelakon dan pendakwah itu disahkan COVID-19 pada 6 April lalu serta sembuh tiga minggu kemudian.

Must-Watch Video

Advertisement