“Terima Kasih Annuar Musa” - Fendy Caliph Busker Sudah Tengok Rumah Mampu Milik DBKL
Azwa Rahman
17/08/2021 07:36 MYT
17/08/2021 07:36 MYT
Anggota kumpulan Caliph Busker, Fendy Adlun memberikan penghargaan kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kerana rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diperolehnya berada keadaan baik.
Menerusi laman sosial Instagram, Fendy berkongsi foto berada di dalam rumah barunya itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, baru sahaja pergi tengok rumah, semuanya dalam keadaan baik. Terima kasih Tan Sri Annuar Musa dan @dewanbandarayakualalumpur,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkara itu turut mendapat perhatian Annuar yang turut memanjatkan kesyukuran apabila permohonan pemain drum kurang upaya berjaya ditunaikan.
Menerusi laman sosial Twitter, Annuar mengulang ciap ciapan seorang pengguna yang berkongsi foto Fendy.
Annuar turut berharap Fendy dan anaknya Nur Azalea Zafirah, 6, berasa lebih selesa dengan rumah baru mereka.
Terdahulu, Annuar memaklumkan hasil semakan DBKL mendapati memang Fendy sudah membuat permohonan rumah mampu milik itu sejak 2014 lagi.
Bagaimanapun, beliau berkata ketika itu masih tiada unit sesuai serta mempunyai kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan membuatkan permohonannya tidak memperoleh jawapan segera.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.