Laman Utama

"Terima Kasih Atas Jasa" - Jual Jazz & Alphard, Syahmi Sazli Angkat Mercedez-Benz G-Class Harga ...

Amri Hassan
17/03/2022
05:50 MYT
"Selamat jalan Jazz & Alphard. Terima kasih atas jasa sebelum ini," demikian kongsi YouTuber popular Syahmi Sazli di hantaran video Instagramnya terbaharu.
Dalam video berkenaan, Syahmi akur untuk melepaskan dua buah kenderaan kesayangan yang banyak menyimpan nilai sentimental kepada pemilik baharu.
Malah, kereta jenis Honda Jazz berwarna kuning hitam itu juga antara kenderaan yang menjadi kesayangan dan punyai banyak kenangan buat isteri Syahmi, Nissa.
Bagaimanapun, menerusi sepotong video di TikTok, Syahmi berkongsi pula kenderaan baharu miliknya yang dibeli bagi menggantikan dua buah kereta yang telah dijual itu.
Lebih mengancam dan seksi, model Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon itu berada di perkarangan kediaman Syahmi ketika ini, menandakan sudah menjadi miliknya.
Dalam video terbabit, Syahmi telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukarkan rim, grill dan head lamp baharu terhadap kenderaan baharu miliknya itu.
@syahmi_sazli
Alhamdulillah..♬ original sound - Syahmi Sazli Terdahulu, sekitar dua minggu lalu, Syahmi berkongsi sekeping foto berdiri bersebelahan G-Wagon hitam di sebuah kedai automotif.
"Ai, rasa nak buat hadiah cabutan bertuah kereta ni pula," tulisnya berseloroh.
Mercedes-Benz G Class merupakan kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah antaranya fungsi urutan pada kerusi hadapan, stereng 18 inci, kemasan kulit dan banyak lagi.
Antara selebriti terkenal yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz G Class ialah Ranbir Kapoor, Arnold Schwarzenegger dan Megan Fox.
Berdasarkan carian kami di Internet, harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tak Makan Pedas & Pernah Pakai Sut Pelindung Diri Dalam Pengangkutan Awam, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Soya Plan

gempak
14/06/2024
08:55 MYT
Siapakah Soya? Jom semak 10 fakta yang anda perlu tahu mengenai pempengaruh ini.
Viral

Dapat Firasat Mimpi, Influencer Kecewa Dicurangi Youtuber Taiwan - “Berat Badan Saya Turun 3KG”

gempak
13/06/2024
14:55 MYT
Pempengaruh dan YouTuber dari Malaysia, Soya Plan secara terbuka berkongsi mengenai kisah perpisahan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang YouTuber dari Taiwan, René, dalam sebuah video baru-baru ini.
Viral

‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung

gempak
11/05/2024
13:50 MYT
Manusia hari ini semakin hilang akal. Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa memyajikan konten paling hebat dan ‘laju’
Viral

Gaduh Pasal Kentut, YouTuber Kutuk Pemandu Teksi Berdepan 5 Tahun Penjara

gempak
15/02/2024
13:32 MYT
Seorang pelakon yang kini menjadi YouTuber menimbulkan kontroversi selepas menuduh pemandu teksi kentut sewaktu memandu.
Hiburan

Al-Quran Jadi Saksi First Date Abbas Mahmood, Alana Dee Dunsmore - "Kami Banyak Bercakap Tentang Kehidupan & Kematian"

gempak
17/01/2024
04:55 MYT
Tahniah Abbas!