"Terima Kasih Atas Segala Bakti Yang Dicurahkan" - Remy Ishak Kenang Jasa Muhyiddin Yassin Tadbir Negara Ketika Pandemik

Asraf Aided
Ogos 17, 2021 09:40 MYT
Aktor Remy Ishak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas bakti dan sumbangan sepanjang bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Menurut Remy, jasa baik dan usaha Muhyiddin berjuang ketika pandemik COVID-19 melanda negara akan dikenang hingga hingga ke akhir hayat.
"Assalamualaikum Tan Sri @muhyiddinyassin_official
"Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan buat seluruh rakyat dan negara Malaysia tercinta.
"Jasa baik dan usaha Tan Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang berjuang untuk rakyat saat pandemic covid-19 melanda negara akan dikenang hingga akhir hayat." corentnya di Instagram.
Dalam pada itu, Remy turut mendoakan kesejahteraan buat Muhyiddin sekeluarga.
"Saya mendoakan kesejahteraan dan rahmat buat Tan Sri serta seluruh ahli keluarga.
"Semoga Tan Sri diberikan kesihatan yang lebih baik dan dirahmati Allah SWT, Amin Amin Ya Rabb al amin," kongsinya lagi.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan apabila tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 29 Februari 2020.
#Remy Ishak #Perdana Menteri #Letak Jawatan #Kerajaan #Muhyiddin Yassin #Pandemik #PKP #Muhyiddin Letak Jawatan