Hiburan
“Terima Kasih Atas Segala Usaha Yang Dicurahkan” - Faizal Tahir Anggap Dr. Noor Hisham Sebagai Hero Negara
Penyanyi Faizal Tahir memberikan ucapan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Penghargaan itu diberikan bersempena usaha, dedikasi dan pengorbanan yang diberikan oleh Dr. Noor Hisham dan seluruh pasukannya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangangi penularan wabak COVID-19.
Menerusi laman sosial Twitter, Faizal memuat naik sebuah video penghargaan serta ucapan hari lahir kepada Dr. Noor Hisham untuk tatapan umum.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada hero negara kita, Dr. Noor Hisham Abdullah. Terima kasih atas segala usaha yang dicurahkan oleh Dr. dan pasukan untuk memastikan Malaysia dalam keadaan terkawal daripada COVID-19.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan kalian semua.
“Dan barangsiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (Surah Al-Maaidah: 32) Selamat Hari Lahir @DGHisham!,” tulis Faizal menerusi satu kicauan.
Lebih istimewanya lagi apabila Dr. Noor Hisham turut membalas kicauan Faizal tersebut dengan berkongsi sepotong ayat Al-Quran.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, wargamaya teruja melihat Dr. Noor Hisham membalas kicauan Faizal dan mereka turut sama memberikan ucapan hari lahir kepadanya.
“Ia cukup menyentuh hati saya. Selamat ulang tahun kepada hero negara. Stay safe Dr., im your biggest fan,” tulis seorang wargamaya.
“Terbaik peringatan dari datuk tentang tentang seruan ayat Al-Quran tu,” puji seorang wargamaya.
“Happy birthday datuk, moga sihat selalu dan terima kasih menjaga kami dan menjaga Malaysia. Moga Allah permudahkan segala usaha yg datuk dan semua team KKK, PDRM dan ATM lakukan terima kasih semuanya,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini video penghargaan Faizal itu telah mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.