Terima Kasih Atas Sokongan, Ini Hanyalah Permulaan - Ferhad

Mya Amri
November 7, 2017 13:41 MYT
Bintang GegarVanganza 4 (GV4) Ferhad akui menjadi orang pertama yang tersingkir bukanlah satu pengkahiran sebaliknya tanda permulaan untuk kemunculan semula dalam bidang seni.
Kenyataan itu diberi oleh Ferhad menerusi satu entri terbaru di akaun Instagram (IG) yang dimuat naik semalam.
Entri tersebut turut disertakan dengan imej bergambar yang memberikan kata-kata semangat bertulis ‘Anda hanya akan gagal sekiranya anda berhenti mencuba’.
Selain itu, Ferhad juga turut melahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Dalam pada itu, peminat juga memohon supaya Ferhad tidak mengalah dan berharap agar penyanyi itu membuat kemunculan semula tidak lama lagi.
“Tak mengapa Ferhad, kalau bukan di GV4 pasti rezekinya di tempat lain,” - @m0nal3a_ismail
“Ferhad tolong jangan mengalah! Saya peminat setia awak,” - @nabilahkashogy
“Saya tetap support awak! Mungkin taka da rezeki di GV4 tetapi awak tetap yang
terbaik,” -@missaisyah17.
Ferhad yang menyampaikan lagu nyanyian asal Cakra Khan berjudul Harus Terpisah menjadi bintang pertama tersingkir selepas mendapat markah terendah iaitu 52.5 %.
BACA: MARKAH PENUH 11 BINTANG YANG BERJAYA MELANGKAH KE MINGGU KETIGA GV4
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my
#GegarVaganza #GV4 #Ferhad