“Terima Kasih Atas Sokongan Untuk Filem Pertama Saya” - Talbis Iblis Kutip RM1 Juta, Azira Shafinaz Ucap Rasa Syukur

Mya Amri
Oktober 24, 2022 18:54 MYT

Pelakon, Azira Shafinaz terharu dengan sokongan yang diberikan penonton untuk filem seram Talbis Iblis.

Azira yang membawakan watak Hajar berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Syukur alhamdulillah. We’ve reached a mili. Keep it coming guys. Terima kasih Malaysia atas sokongan anda untuk filem pertama saya,” tulisnya.

Selain Azira, filem arahan Kabir Bhatia ini menampilkan pelakon hebat antaranya Nasha Aziz, Zul Ariffin, Sherie Merlis dan Jay Iswazir.

Talbis Iblis ini juga diterbitkan oleh gabungan penerbit hebat tanah air iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Jadi bagi anda yang belum menonton, saksikan Talbis Iblis di seluruh pawagam di Malaysia sekarang.

Sinopsis:

Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.

Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.

Kemudian terjadinya kisah-kisah misteri yang melibatkan Hajar dan Mak Ju di rumah berkenaan.

#Astro Shaw #Azira Shafinaz #Kutipan #RM1 Juta #Talbis Iblis