"Terima Kasih Atas Teguran Tapi Saya Tak Mampu..." - Pergelangan Tangan Terdedah, Alyah Tak Ingin Bertekak Dengan Netizen

Zulaikha Yusof
Oktober 8, 2019 22:57 MYT
Penyanyi Datin Alyah telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.
Foto tersebut menunjukkan Alyah memuji hasil kerja jurusoleknya, Hafizah Kamaruzzaman semasa melakukan persembahan di Eco Grandeur pada Sabtu lalu.
Walaubagaimanapun, terdapat seorang netizen meninggalkan komen mempertikaikan bahagian pergelangan tangannya yang terdedah.
Namun, Alyah membuat keputusan untuk tidak berbahas tentang itu memandangkan dirinya masih aktif dalam industri nyanyian.
"Semua tutup dah tapi kenape area pergelangan tangan ternampak lagi.. Hati-hati," tulis netizen itu.
"Selagi saya menyanyi saya tak nak bahaskan isu-isu yg boleh mendatangkan pergaduhan..
"Terima kasih atas teguran tapi saya tak mampu nak puaskan hati awak.. Allah swt tahu apa yang ada di dalam saya," balas Alyah.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikut tidak berpuas hati dengan tindakan individu tersebut yang menegur secara terbuka.
Terdahulu, netizen mempersoalkan kedudukan Alyah yang kelihatan jauh bergambar daripada suaminya, pengarah muzik Datuk Ramli MS.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Alyah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang suka mengecam dirinya.
BACA: "Takkan Nak Duduk Atas Riba Pulak .." - Persoal Kedudukan Bergambar Dengan Suami, Alyah Bidas Balik Netizen​
#Penyanyi #Alyah #Penyanyi