Selepas satu hari dilancarkan lagu terbaru Bunga Citra Lestari berjudul 12 Tahun Terindah telah mencapai 6.5 juta tontonan (ketika artikel ini ditulis) di laman sosial YouTube.

Lagu yang meruntun jiwa ramai itu turun menerima komen positif daripada pendengarnya dan di laman sosial tersebut kira-kira 53 ribu ditinggalkan warganet.

Rata-rata mereka memuji lirik lagu tersebut dengan paparan imej suami BCL, Allahyarham Ashraf Sinclair menambah rasa pilu.

Tambahan lagi ‘versi kecil Allahyarham’, Noah Aidan Sinclair yang sentiasa tersenyum turut dipaparkan menerusi muzik video single terbaru itu.

Malah ada warganet yang berpendapat lagu tersebut sepatutnya sudah menjadi trending di Youtube sejak semalam.

“Al fatihah buat arwah semoga tenang di sana.Semog BCL terus bersabar dan berdoa yang terbaik untuk sendiri dan orang tersayang. Semoga terus kuat! Lagu yang sangat terbaik dari BCL!

“I cried within five seconds, no words can explain 'that' feeling, but you deliver the lyrics in such a beautiful way for everyone who listen, even for the first time and haven't experience 'that' moment. Be strong BCL and Noah.

“This song deserves on the YT trending lists!

“Precious meaning. Thanks for inspiring us with your unlimited love each other with Ash and Noah. God Bless u and He loves u so.

“Kenapa air mata ini jatuh…Ya Allah Berilah kesabaran keluatan pda seorang istrinyaa dan anaknya. Berikanlah tempat terindah untuk almarhum.

Antara komen yang ditulis warganet.

Pelakon yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat dikatakan akibat serangan jantung.

Artikel berkaitan