Laman Utama
“Terima Kasih Buat Saya Rasa Layak Dicintai” - Rindu, Bunga Kenang Birthday Ashraf Sinclair
Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari mengenang ulangtahun kelahiran arwah suami tersayang, aktor Ashraf Sinclair.
Berkongsi ucapan manis menerusi akaun Instagramnya, Bunga menyifatkan dirinya wanita paling beruntung memiliki suami seperti Ashraf sepanjang hidupnya.
“Terima kasih kerana membuatkan saya percaya saya layak dicintai.
Advertisement
“Sejak awak tiada... Saya harus menjadi dirimu... Seorang yang mencintai saya, seorang yang percayakan saya.
“Setiap kata-kata yang diungkapkan mu adalah begitu bermakna dan akhirnya saya telah melihatnya.
“Saya akan sentiasa menyayangi diri saya seperti mana kamu menyayangi saya. Selamat hari jadi sayang...” coret Bunga menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
Must-Watch Video