“Terima Kasih Cikgu” - Ibu Daiyan Trisha Bersara Guru BM, Netizen Tak Sangka Dr Samsiah Juga Adalah Novelis Terkenal
Azwa Rahman
22/09/2021 06:40 MYT
22/09/2021 06:40 MYT
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menitipkan ucapan penghargaan buat ibunya, Dr Samsiah Mohd Nor di atas hari persaraannya sebagai seorang guru yang diraikan pada hari ulang tahun kelahiran.
Menurut Daiyan, ibunya merupakan seorang pendidik dan juga bergelar penulis novel ini sangat disayangi oleh anak murid.
“Mommy tersayang akhirnya sudah bersara dan umurnya meningkat setahun lagi. Masyallah, dia sangat diaayangi dan diraikan oleh rakan sekerja yang sangat baik dan pelajar-pelajar. Saya sangat gembira untuk mommy dan sangat bangga dengannya.
“Tidak mudah untuk menjadi seorang pendidik, itu sudah pasti. Pasa masa yang sama bergelar penulis berjaya, ibu kepada lima orang anak, isteri yang setia, kawan baik, dan membuatkan semuanya begitu sempurna dan penuh rasa cinta. Dia adalah Wonder Woman kami. Saya belajar banyak benda daripada mommy,” tulis Daiyan di ruangan kapsyen.
Difahamkan ibu Daiyan merupakan seorang guru bahasa Melayu dan juga novelis terkenal yang menghasilkan karya seperti Tangisan Bulan Madu, Anom Soraya, Sangkar, Bulan Berbisik, Sindora serta banyak lagi.
Tambah pelantun lagu Penat ini lagi, ibunya sentiasa berada di sisinya tanpa mengira jika ibunya sibuk di sekolah ataupun menguruskan rumah.
“Terima kasih di atas segala yang mommy dah buat, mommy sangat-sangat disayangi dan layak menerimanya. Selamat bersara selamat hari jadi bondaku tercinta,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian itu lagi, Daiyan turut berkongsi foto-foto di majlis persaraan ibunya yang disambut di sekolah.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang merupakan bekas pelajar Dr Samsiah meluahkan rasa terima kasih mereka di atas jasa yang telah ditaburkan sepanjang bergelar pendidik.
Malah, ada juga yang baru mengetahui ibu Daiyan merupakan seorang novelis terkenal.
“She is my inspiration. Masih ingat lagi cikgu selalu puji bila saya dapat markah tinggi dalam peperiksaan bahasa Melayu. Terima kasih cikgu sebab telah mengajar saya,” luah seorang wargamaya.
“Baru tahu Samsiah Mohd Noor tu mummy Daiyan. Sampaikan salam persaraan pada beliau. Novel Tangisan Bulan Madu dan Anom Soraya antara yang ada dalam simpanan saya,” komen seorang wargamaya.
“Cikgu BM saya masa di sekolah kat Bangi rupanya mak Daiyan Trisha. Novel cikgu yang paling saya suka Tangisan Bulan Madu,” kata seorang wargamaya.
“Terima kasih cikgu Samsiah. Terima kasih atas segala tunjuk aja, ilmu, kasih sayang yang cikgu bagi pada kami semua. Love you cikgu,” tulis seorang wargamaya.
“No wonder Daiyan ni cantik. Mak dan bapanya cute,” puji seorang wargamaya.
“Hebatnya dua beranak ni. Baru tau mummy Daiyan. Selamat bersara Dr Samsiah. Tapi jangan bersara tulis novel tau,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 52,000 tanda suka daripada pengikutnya.