Hiburan
“Terima Kasih Isteriku, Tugasmu Agak Berat Minggu Ini Tapi…” – Acey Terharu Pengorbanan Isteri
Mungkin kerana menyedari tanggungjawabnya dilepaskan kepada isteri sepanjang minggu ini, Acey menitipkan ucapan terima kasih kepada wanita kesayangannya itu.
Posting yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG)nya, pula seperti menggambarkan perasaan serba salah Acey terhadap isterinya, Anne.
Acey mengucapkan terima kasih kepada Anne atau nama Nor Hasanah Yahaya, kerana memahami apa yang sedang dilaluinya.
Tq (Terima kasih) isteri ku, tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak, drive (memandu), dan persiapan semua diselesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melampiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika.
“InshaAllah kembali dengan perjuangan yang baru,” tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar ‘kita baik ramai sayang’ dan ‘bocey’ pada ruangan kapsyen.
Entri tersebut menunjukkan isteri Acey sedang mendukung anak mereka, Tiara Zinnirah ketika menziarah pusara Allahyarham Abam.
Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut memuji Anne kerana sangat memahami suaminya.